Tuesday, September 23, 2008

CERITA SERATUS LAPAN

“I CAN TELL THE FOOD IS WORST...ERRR...MAYBE SIMILAR TO DOG FOOD”. Bila menghayati patah-patah perkataan dari YB Teresa Kok, air mata saya berlinang. Saya terkenangkan betapa selama ini kami sekeluarga pernah melalui situasi sepertinya. Makan berlaukkan telur. Malah lebih teruk daripada itu, makan nasi berkuahkan minyak ikan dan sedikit garam. Itu saja !!! Benar, ini bukan omongan kosong. Ini bukan tohmahan. Ini bukan untuk mengaibkan keluarga. Ini peristiwa benar yang mungkin dilalui oleh ramai lagi mereka yang di luar sana.

Tapi, syukur kami bukan banduan politik. Jika kami banduan politik, sudah pasti makanan seperti itu kami anggap sebagai ’menu’ mewah, terutama bila mengenangkan lebih ramai lagi masyarakat Malaysia dan dunia yang berhadapan dengan masalah kekurangan makanan. Bukan kebuluran. Ingat, ulat dalam batupun masih mampu hidup. Jawab pulak ’orang yang terlebih bijak’ ulat tak makan nasik beb ! Itulah klise ’orang malas’ ! Kalau malas, bukan saja tak dapat makan nasik, makan kueh raya pun tak mampu. Kirim salam. "Meh makan penampor, nak ?". YB Teresa Kok nampaknya membuatkan masyarakat yang kekurangan makanan bercita-cita besar untuk menjadi banduan politik. Dapat makan sedap di lokap atau penjara..?

Saya harap, Kerajaan tidak akan tunduk dengan kerenah orang-orang seperti ini. Dan, saya juga berharap agar Kerajaan tidak melayani kehendak banduan politik atau kalangan 'desperado politik’ macam ni dengan menyediakan kemudahan terbaik seperti bilik hawa dingin bersaiz CEO office, makanan seimbang yang berkhasiat, mahal dan sedap, katil serta bantal dan tilam empuk, peralatan gym, plasma TV, kemudahan internet atau dibekalkan telefon bimbit yang canggih semata-mata untuk ’menyeronokkan’ mereka dan juga ’Pak Sedara’ mereka para politician Amerika dan Israil laknatullah tu ! Mana ada orang masuk jel dapat layanan istimewa ? Benda-benda macam tu sebagai hukuman, dan demi mewujudkan kesedaran kepada diri mereka agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Hari Sabtu lalu, sementara Manja ke pasar dan Nilai Tiga dengan emak, Haris, Shimah dan anak-anak mereka, saya dok sibuk mengemas rumah. Dan, tengaharinya pergi mengupas bawang, bawang putih, ubi keledek dan kentang untuk persiapan bubur lambuk persatuan penduduk petang tersebut. Itu adalah bubur lambuk terakhir ramadhan ini bagi Seksyen 8.

Lepas ’Asar, kami keluar KL. Manja berbuka puasa dengan rakan-rakannya di Khatijah Ibrahim Kitchen kat PJ. Sedap katanya. Tiga ratus lebih tuuu ! Tapi, malang sikit tak ada surau Yalah, tempat tu kecil jer. Jadi, Manja Kem dan Sophie terpaksa solat di ofis dia dekat Asia Jaya tu. Roy hantar Ita balik. Lepas tu, persona Manja bawa Kem, abang Jaafar dan dua anak lelaki mereka ke Shah Alam. Abang Jaafar berbuka di Secret Recipe dekat Hilton PJ. Manja rakan-rakanya suka dengan kraftangan yang saya buat sebagai cenderahati khas dari Manja untuk mereka.

Malam itu, kami terus ke rumah Pak Long di Bandar Tun Hussein Onn. Emak dan Dikmah turut bersekali. Kesian Pak Long, kurus kering macam arwah bapa saya dulu ketika sakit. Cengkung. Balik, saya terus membantu Manja masak nais himpit. Masa berbuka tu semua ada. Keluarga-keluarga Hasnal, Shimah, Awai (tanpa isteri) serta emak & co. Meriah sungguh ! Manja buat soto. Sedap sampai terlupa menu lain, termasuk sate Semenyih. Itulah kelebihan isteri saya...

Isnin, saya mesyuarat Konvensyen GDW di INFRA, Bangi. Ingatkan dah tak naik kereta yang dipandu oleh abang Daud lagi. Apapun, terima kasihlah pada abang Daud kerana tak jemu-jemu bawa saya. Pengerusi mesyuarat, Datuk Jabar dok mengusik saya. Tapi saya kantoi bab berbuka puasa JHEOA di Gombak petang tu. Datuk tanya kat mana buat majlis tu, saya kata kat perkarangan Hospital Gombak. Itu ok. Tapi, bila dia tanya saya bab siapa jemputan yangakan hadir, dengan penuh yakin saya jawab YB Menteri. Betulah tu. Rupanya Datuk mewakili Menteri, sebab Menteri ke Kelantan dengan Pak Lah. Kantoi !!! Yang syoknya datuk tanya saya balik, ”Diaorang tak jemput awak ker ?”. Dala hati saya : ”Jemput, saja jer tak datang...”.

Tengah-tengah meeting, call dari UiTM (Emy) kata borang permohonan tak sampai. Yang ada cuma borang tanpa salinan sijil. Itu yang awal saya hantar. Takpalah, esok saya hantar semula ! Duit lagi...

Hari ini Manja ke Hospital Putrajaya hantar emak check up. Bawak sekali si Haikal dan Umairah. Bimbang jugak, hilang anak orang kang ! Agaknya Dikmah pergi sekali kot...Bukan apa, tengok bebudak asyik hilang la ni bimbang jugak...

Oh ya , malam nanti Manja ajak ke Hospital HUKM tengok Pak Long yang dimasukkan ke sana malam tadi. Semoga Pak Long segera sembuh.

Pagi ni pula Nyah mesej, Maznah anak Yong nak nikah di Pengkalan Pegoh, Ipoh. Rumah Nyah kat sana. Manja dah promise dengan Nyah nak balik hari tu. Elok jugak, dapat juga bertemu adik beradik dan saudara mara di samping menziarai kubur arwah emak dan bapak. Saya tidak pernah lekang dari mendoakan ’kesejahteraan’ mereka di sana. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan mereka sewaktu di dunia yang dipinjamkan-Nya ini. Amin. Jumpa lagi...

1 comment:

Shah Efendy said...
This comment has been removed by the author.