Wednesday, September 17, 2008

CERITA SERATUS EMPAT

Cerita 101 mengenai pelakon Malaysia disiarkan hari ini di Utusan Malaysia. Abang Dolah mesej : ”Wah kau hentam pelakon teruk. Nak tengok lepaih ni depa lompat camna...”. Malek pulak jawab : ”Atas katil lagi, kang baru beli akhbar”. Hai sorang ker berdua tu Lek ?

Pada pertanyaan abang Dolah, saya fikir mereka takkan buat apa-apa. Sebab masing-masing (beberapa kerat pelakon lapis baru) tak tahupun apa itu penghayatan dalam seni lakon. Cubalah berlakon di bawah Dato’ Rahim Razali, Othman Hafsham, kak Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud (jiran saya masa di Taman Melawati era 80an), uncle TS Jins Shamsuddin dan beberapa lagi, kalau tak ’berpeluh cuka’ kena belasah tak tahulah. Nak menggelegak lagi, cubalah berlakon teater di bawah Ahmad Yatim !

Bidang lakonan ni bukannya suatu aktiviti yang hanya dilakukan sekadar mengisi masa lapang atau suka-suka saja. Kalau demikian, elok ’blah’ saja dari industri tersebut. Itu belum bab disiplin. Hancur ! Dari itu wahai anak-anak seni yang masih hijau, pergilah ke sekolah seni lakon. Belajar betul-betul. Atau ambil saja kursus-kursus seni lakon di Aswara, Actor Studio (Faridah Merican) ataupun di FINAS sendiri.

Yang syoknya Forum Utusan tersebut turut memuatkan komen oleh pensyarah saya sewaktu belajar dulu, Encik Nik Efendy Jaafar, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, KWSP mengenai rasional pengeluaran wang KWSP usia 55 tahun.

Apapun, tujuan saya tidak lain hanyalah sekadar memberikan pandangan positif demi masa depan industri seni tanahair. Tak lama dulu saya turut bersekongkol dengan penulis forum yang lain ’membelasah’ Faizal Tahir (kes buka baju). Akhirnya, kita dapat melihat sendiri perubahan penyanyi tersebut pada masa kini. Semakin matang, walaupun identiti ’Superman’nya masih lagi tak boleh dilenyapkan ! Biarlah. Itu kan trade mark dia, yea tak ? Percayalah, tukang gunting pun minta orang lain menggunting rambut dia ! Jadi sebagai pemerhati seni, saya merasa terpanggil untuk menasihati masyarakat glamor penggiat seni yang dah berlambak macam cendawan tumbuh ni.

Seperti anda, saya juga amat sayang pada negara saya. Kalau adapun yang menawarkan kerakyatan di negara lain, saya pasti tidak akan berganjak dari bumi bertuah ini ! Oleh kerana sayangnya saya, maka saya harap pihak berkaitan pantau-pantaulah buku-buku baru atau separa baru yang terdapat di pasaran ketika ini. Sekadar beberapa judul :-

i. The Chinese Dilemma - Ye Lin-sheng (2004 - 2008)
ii. Malaysian Indian : Looking Forward - Jayanath Appudurai dan G.A. David Dass (2008)
iii. Fong Chong Pik, The Memoirs of Malayan Communist Revolutionary - Fong Chong Pik (2008)
iv. New Malaysian Essays - Amir Muhammad, Brian Yap, Sonia Randhawa dan lain-lain (2008)
v. Judicial Misconduct - Peter Alderidge William Q.C
vi. A Different Chinese, See the Chinese, Hear the Chinese - CQ (2007)
vii. Political Tsunami and End to Hegemony in Malaysia ? - John Lee (2008)
viii. Failed Nation ?, Concern of a Malaysian Nationalist - Rustam A. Sani
ix. Lost In Transition Malaysia Under Abdullah - Ooi Kee Beng (2008)
x. March 8, The Day Malaysia Woke Up - Kee Thuan Chye (2008)
xi. Religion Under Siege, Lina Joy the Islamic State and Freedom of Faith - Nathaniel Tan dan John Lee (2008)

Seingat saya, dulu waktu zaman Tun M, KDN cukup teliti dengan buku-buku ‘kiri ‘ sebegini. Buku tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, SHIT oleh SN Shahnon Ahmad, 13 Mei (versi YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) cukup susah nak dapat, macam penagih nak beli dadah masa ‘segi tiga emas’ tengah pokai dadah era 80an dulu. Saya tahulah, sebab percampuran dengan kengkawan spesis ini ! Mungkin saya tersilap. Tapi, jauhari pastilah tidak sukar untuk mengenal maknikam. Wasallam...

1 comment:

Anonymous said...

Banyak lagi sebenarnya buku-buku macam tu. Eloklah hang bagitahu. Esok-esok akupun nak pegi beli nak intai apa isi dia...