Wednesday, September 24, 2008

CERITA SERATUS SEMBILAN

Kalau tak silap, dalam akhbar Suara Keadilan semalam saya terbaca di muka hadapannya tentang kedudukan terkini parti-parti di bawah Pakatan Rakyat 113, BN 109. Pada saya, apa yang di highlight kan itu tidak lebih daripada satu gimmick politik bagi menyedapkan hati para pendokong dan pengikut setia mereka. Hari ini pula Pak Lah buat statement tentang laporan agensi berita asing, yang memetik kenyataan YB Tian Chua mengenai isu peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat.

Sudah-sudahlah tu, tak habis-habis nak berangan. Jika benarpun berlaku, tak ada rasa malu sikit ker ? Dan, tak terfikir ker bahawa jika berlaku peralihan sedemikian, kita akan jadi macam Pakistan dan beberapa negara lain yang berkongsi kuasa akibat kekurangan majoriti. Last-last, jadi huruhara ! Apa taknya, hari ini aku beri kau undi, esok kalau permintaan aku untuk itu dan ini tidak dapat ditimbang, aku keluar dari perkongsian kuasa ini. Dan, apabila ketiadaan majoriti, rakyat akan dikerah untuk mengundi lagi, dan lagi. Silap-silap wujud perkara-perkara negatif yang tidak diduga. Masa tu, ’Uncle Sam’ (Amerika) kita tu suka bebenorlah gamaknya kan ?

Rasanya, elok jika DSAI sabar-sabar dulu (kerana tak sabarlah maka peristiwa hitam dulu berlaku). Sabar tu kan separuh dari iman ? Saya cukup sayang pemimpin Melayu semacam anda. Anda cukup segala resipi selaku pemimpin. Kuasa loyar buruk anda juga boleh menjadi halangan besar kepada pemimpin BN. Rasanya anda patut tunggu sat sehingga PRU 13 nanti. Ketika itu, kita dapat melihat siapa jaguh sebenar, siapa pengecut beronar.

Apa-apapun, saya harap DSAI dapat cool down, bantu Kerajaan dengan cara ’mendiamkan diri seminit dua’. Sebab bila anda bercakap benda yang tak benar, satu dunia akan mengeji Malaysia. Kesannya, ekonomi kita DSAI oooiii !!! Tak kan tak gheti-gheti !!!

Malam tadi saya ke HUKM menziarah Pak Long yang dimasukkan ke sana dua tiga hari sudah. Sebenarnya saya tak sangka nak pergi ke sana, sebab saya berbuka di KL. Jangkanya mereka bertolak ke HUKM lepas berbuka. Itu la pasal saya fikir tak boleh joint tu. Nak dijadikan cerita, ’terbalik’ (kembali) awal. Sampai Kajang, call Manja dan terus pick up saya dari sana. Kereta toyota milik Hasnak dengan isinya isteri hasnal (Ngasiah), emak, Manja, Dikmah dan Umairah (anak Shimah). Tiba hospital, jam dah hampir 10.40 malam. Masukpun ikut giliran. Kesian Kak Long Shidah, nampak sangat tidak terurus. Namun, beliau masih setia menemani bapa tercinta. Kebetulan semasa kami sampai, Mak Long dan Ita sedang melangkah keluar untuk balik. Saya pesan dengan Mak Long supaya tidur bila balik nanti, kerana matanya dah merah semacam jer…Tak cukup tidurlah tu. Seorang lagi model isteri mithali.

Saya pujuk Pak Long yang baru membuka mata, supaya berehat banyak-banyak kat situ. Dia antara dengar dengan tidak jer. Dalam pada itu, sempat jugak dia pesan supaya kami mengunjunginya esok (hari ini). InsyaAllah Pak Long. Satu benda yang saya belajar dari misi kat sini, ialah makna shortform NBM yang terlekat kat hujung kepala katil Pak Long. Ertinya; NIL BY MOUTH @ puasa. Jadi, kalau orang tanya kita puasa ker tak, kita kata ”saya sedang NBM !”.

Setiba di rumah, jam menunjukkan hampir pukul 12.00 malam. Lega, sebab saya dapat menonton siri kegemaran saya News jam 12 TV3. Nak tengok satu berita penting, kisah Raja Putra Kamaruddin (RPK) ditahan ISA selama dua tahun. Alhamdulillah. Akhirnya Kerajaan tahu apa yang patut dilakukan terhadap beliau. Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa KDN bukan lagi sebuah agensi yang lemah sepertimana persepsi saya terdahulu. Atas dasar pertanggungjawaban, saya dengan redha harus menelan kembali kata-kata saya itu. Dan, saya gantikannya dengan ucapan sekalung tahniah serta syabas kepada pihak-pihak yang terlibat. Hidup PDRM ! hidup YB Dato’ Seri Syed Hamid Albar !

Pagi ini saya dipanggil mengadap oleh Puan Norliza Mohammad Basiron (pemangku bos Bahagian). Ada beberapa perkara yang kami bicangkan. Saya turut memuji komitmennya biarpun beliau baru saja menyertai Bahagian ini. Saya memang suka bos yang cekap, pantas bertindak, proaktif serta penuh dengan kelembutan. Sejujurnya, saya suka dia...(tapi, tolong jangan salah faham). Sekadar suka caranya. Anak dah dua beb ! Bos yang baik adalah bos yang tahu menilai keupayaan staf bawahannya. Dan, sesekali menyelami hati nurani serta permasalahan mereka. Bye...

1 comment:

Anonymous said...

HIDUP "ISA" !