Wednesday, September 17, 2008

CERITA SERATUS LIMA

Semalam berbuka di 28H (rumah sewa Nyah). Meriah jugak, terutama keletah anak-anak Nuri si kak Yu (puasa penuh setakat ini sebab Nyah janjikan RM1.00 sehari), Mimi, Alya dan dua orang adik Ita. Ita sibuk buat kueh raya untuk jualan. Nuri kerja (sejak Ramadhan sibuk catering majlis-majlis berbuka puasa terutama yang dianjurkan oleh badan-badan korporat).

Alom pulak call dari Melaka, beritahu tak jadi balik malam ni ke Ipoh (rumah Yong), kerana Perak cuti esoknya (hari ini). Dia ke sana kerana nak menguruskan tanah emak di Kuala Slim. Kabarnya tanah tu nak dibuat projek jalanraya ! Harap-harap sukses ! Lagipun tanah tu arwah emak letak atas namanya. Uruslah elok-elok...

Hari ini Manja turut bercuti sempena Nuzul al-Quran. La ni agaknya tengah sibuk shopping raya dengan emak, Dikmah dan Hassan di bandar Kajang. Harap-harap Manja dapat ’tahan’ nafsu shopping dia !

Sebagai info :-
Dari sudut bahasa, ’Nuzul’ bererti ’menetap di satu tempat’ atau ’turun dari tempat yang tinggi’. Kata perbuatannya, ’Nazala’ yang membawa maksud ’dia telah turun’ atau ’dia menjadi tetamu’. Istilah Nuzul al-Quran secara majaz atau simbolik bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya, untuk menunjukkan ketinggian kalam Allah ini. Manakala secara teknikalnya, Nuzul al-Quran bererti ’penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.

(dipetik dari Utusan Malaysia 17 September 2008)

Oh ya, izinkan saya sentuh bab Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan perletakan jawatannya semalam walaupun dipujuk oleh Pak Lah. Bagi saya, beliau bukan seorang pejuang UMNO/Melayu yang sejati. Dan, bagi saya beliau harus berterima kasih kepada Pak Lah kerana dilantik dan diarak di atas karpet merah ke jawatan menteri di JPM (menjaga Undang-undang kerana latarnya). Tak payahlah perli-perli ’orang tua’ tu ataupun siapa-siapa dalam parti UMNO. Kalau tak suka, elok keluar saja dan sertai pembangkang BN ! Simptom-simptomnya pun sudah kelihatan dan terhidu sejak sekian lama...

Bagi saya, bila kita bekerja dalam satu pasukan, keutamaan adalah untuk pasukan itu sendiri bukannya diri kita sebagai individu. Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri KDN mestilah ’bengang’ sebab portfolio (border) nya dipertikai. ISA di bawah bidang kuasa dia. Sedangkan bila bab yang membabitkan beliau (yang sepatutnya beliau respons) tidak dibuat. Dok sibuk jaga ’rumah’ orang buat apa ? Orang ramai macam sayapun nak tahu jugak apa komen beliau tentang isu Majlis Peguam, Ketuanan Melayu dan sebagainya yang dibangkitkan oleh seteru politik UMNO/BN tempohari ? Tunggu punya tunggu, habuk pun takdak ? Lagu mana ? Mujur ada Chedet, Datuk Ibrahim Yahya, Maharaja Bloggers, Agenda Daily dan lain-lain bilas sikit-sikit...

Pada saya, Datuk Zaid mungkin merasa dah nak tenggelam di Kota Bharu, sebab sehingga kini tidak cukup undi untuk menentang Datuk Fatmi Salleh dalam perebutan Ketua UMNO Bahagian. Jadi rumusannya mudah, dah namanya nak tenggelam - kalau gitu, baik terjun dulu ! Tapi tak syoklah, Datuk dok 'kerok' bab ISA. Datuk bukankah menteri Undang-undang. Datuk tahukan, apa akibatnya jika pihak polis tak buat macam tu ? Api masa kecil jadi kawan, besar jadi lawan Datuk ! ISA bukan hukuman, tapi sekadar nak bagi cool sikit. Kalau ok, Kerajaan pun takkan nak ’mengabihkan bogheh’ bagi makan orang-orang kat Kamunting sana tu ! Itu duit rakyat marhaen macam saya jugak !

Sepatutnya sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, kita mesti lebih bertanggungjawab ! Datuk pakar undang-undang. ISA pun diguna oleh Singapura waima oleh Amerika Syarikat sendiri melalui Akta Patriotnya. Kami sebagai rakyat biasa cukup khuatir dengan apa yang sedang berlaku. Sebab itu kami amat mengalu-alukan langkah pasukan keselamatan untuk memastikan rakyat dapat menikmati udara segar keamanan yang menjadi kunci kemajuan negara selama ini. Kita sembang lagi nanti...

2 comments:

Anonymous said...

SUSAH NAK CAKAP DENGAN ORANG POLITIK NIE...MEREKA SEMUA PANDAI-PANDAI (AUTA). TAPI, TENGOK SAJAPUN TAK BOLEH. NAK DITEGUR PULAK TAK BOLEH LANGSUNG. HABIS TU NAK BUEK CAM NO ??? LANTAK KAU LAH JANG OOOIII !!!

Anonymous said...

ISA tu bagus. Kalau tak diguna nanti, habis satu Malaya. Haghu !