Friday, September 19, 2008

CERITA SERATUS TUJUH

Esok Manja akan berbuka puasa dengan rakan pelajarnya sewaktu di UiTM dulu, Roy, Ita, Shopie dan Kemala (Kem). Mereka lepasan undang-undang yang kini membawa haluan masing-masing. Malam kelmarin selepas terawih saya telah menyiapkan kraftangan dari Manja untuk dihadiahkan kepada teman-temannya itu. Saya gembira kerana Manja dan kawan-kawannya tidak putus sejak dulu. Sejak kami kahwin, hampir setiap tahun pasti majlis reunion dibuat samada di luar ataupun di rumah kami di Bandar Baru Bangi. Dan, kalau di Bangi pastilah saya dan Manja akan memasak sendiri hidangan tersebut. Pada kebiasaannya, selesai masak, saya akan naik ke tingkat atas untuk membiarkan mereka berborak sampai petang. Saya memang suka kalau mereka semua buat reunion di rumah kami, tak adalah saya risau pasal isteri saya tu.

Kem (Kemala bt. Alang) merupakan seorang peguam dari kaum Orang Asli Semai, lahir di Kampung Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak pada 20 Oktober 1964. (Tak lama lagi 44 tahun, tahniah terlebih dahulu dari saya dan Manja). Beliau dilantik dan diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 29 Januari 1994, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Saya masih ingat tarikh dan peristiwa penting beliau, kerana saya adalah pengarang dan editor buku Orang Asli Berjaya sehingga edisi ketiganya. Tetapi yang lebih penting ialah, Kem serta suaminya abang Jaafar adalah merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Manja (satu-satunya isteri saya sekarang). Abang Jaafar misalnya, hampir setiap hari call saya mengenai perkembangan hubungan kami. Sebenarnya lebih enam bulan saya simpan nombor telefon isteri saya tu (sejak kali pertama diberi oleh abang Jaafar). Tak pernah call walau sekalipun. Hinggalah pada hari itu (saya pun tak ingat tarikhnya), saya mula menghubunginya untuk berkenalan...

Sekitar tiga bulan berkenalan, kamipun membuat keputusan nekad untuk berkahwin. Yang saya ingat, Kem pernah ucapkan satu perkataan yang cukup melekat di hati saya. ”Moga dengan perkahwinan itu, akan mewajarkan pertemuan-pertemuan kalian”. Sebenarnya kami ’dating’ pun hanya pada waktu siang. Tempatnya di Mid Valley. Kat mana lagi kalau bukan di tempat makan kat tingkat atas tu. Dua-dua 'Pak Melan'. MELAN tambah TAK. Biasalah, jika ’tersentuh’, Manja akan buat muka sikit. Ooo...saya kawan dengan Hajah rupanya. Masa tu dia baru saja balik dari Mekah menunaikan fardhu haji. Dah kawin, Manja beritahu yang dia berdoa depan ’pintu multazam’ Kaabah tu, agar Allah menemukannya dengan jodoh yang baik-baik. Baiiiiiikkkkk, baik ada makna tuuuu....!

Saya bersyukur kerana dikurniakan dengan seorang isteri yang solehah serta taat mengerjakan suruhan-Nya. Tu la pasal yang dok jadi tok imam tarawih tiap malam tu pasal bermakmumkan ’hajah’ ! Mula-mula tu gugup jugak. Tapi tak boleh publisiti banyak-banyak, nanti kena suruh jadi imam kat surau Bangi tu, jenuh pulak dok perah baju (pasal berpeluh). Kata orang, alah bisa tegal dek biasa. Sefaham saya, hal-hal agama ni kalau kita rajin mengaji (belajar) dan mempraktikkannya insyaAllah, pasti tidak sukar. Yang penting, harus tiada wujud (walau sezarah) sedetikpun rasa riak dalam diri kita. Kerana walau sebijak dan sedalam manapun ilmu yang kita miliki, namun tidak mampu mengatasi 'ilmu' Yang Maha Esa. Kita ini rupanya amat kerdil di sisi Allah SWT...

Sejujurnya, sejak berkahwin saya tidak punya waktu untuk bersosial seperti dulu. Bagi saya, selepas selesai waktu bekerja, saya perlu balik ke rumah bersama isteri. ’Mengadap’ dia tanpa jemu. Kerana, isteri adalah kurniaan Allah yang tiada ternilai harganya. Itulah jugak sebabnya, mendorong amarah saya bila melihat atau mendengar ada isteri dibuli atau didera oleh sang suami. Sebagai contoh, saya amat tidak gembira (yang tepat benci) kalau melihat seorang suami ber'shopping' hanya berlenggang sedang isteri yang mengekornya menjijit barangan penuh dua tangan ! Apalah perasaan suami macam gitu agaknya ya ? Apapun, lain padang lain belalang yea tak ? Kita bertemu lagi...

3 comments:

Anonymous said...

hai... tumpang seronok bila baca cerita EN. Shah ni. Moga bahagia dan sejahtera selalu tau..

ikhlas dari; tembeg

Anonymous said...

Semoga bahagia selalu di samping isteri tercinta. Kalau ramai lagi macam tuan, aman makmur rumahtangga.

Anonymous said...

Ngapa tak kahwin dengan aku dulu ?
Kalau tak, kan seronok...