Thursday, September 25, 2008

CERITA SERATUS SEBELAS

Hari ini saya cukup gembira. Ada sesuatu yang menyebabkan saya ‘bergumbira’. Sebaik berita tersebut disahkan, saya call Manja. Apa lagi, kesayangan saya tu pun turut ‘bergumbira’ sama. Akhirnya, Allah memakbulkan doa saya dan Manja. Anda nak tahu pasal apa ? Takpalah, lain kali saya cerita. Yang penting, saya sudah mendapat kepastian bagi berita yang saya tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Kak Nor, Encik Rashmiz dan Mohd. Insan di Newcastle mungkin tahu apa sebabnya. Tut..tut...rahsia...! Ya, sebenarnya dalam hidup ini, apa saja kemungkinan boleh berlaku. Yang tak didugapun kerap berlaku pada diri seseorang. Ada orang di angkat menjadi selebriti terkenal, pegawai tinggi yang berjaya, ahli politik yang meniti tangga kesempurnaan, ahli korporat yang terbilang dan lain-lain. Ada sesetengahnya sekadar duduk di atas ’tikar emas’ tanpa susah payah. Ini mungkin saja kerana kekayaan 'melampau' keluarga. Manakala yang lain, terpaksa berhempas pulas untuk meniti kejayaan. Tuah diri masing-masing. Yang penting bersyukur selalu atas apa jua pemberian-Nya.

Saya telah melalui pelbagai situasi aneh sepanjang hayat saya. Mohon Allah panjangkan usia saya sehingga ke akhirnya. Begitu juga dengan anda sahabat pelayar sekalian. Sebenarnya kita tidak boleh berputus asa. Tapi, saya telah berada dalam zonnya. Detik yang ’menggumbirakan’ saya hari ini hadir ketika saya menghampiri zon putus asa. Allah SWT saja yang mengetahui bagaimana saya ketika dalam dilemma hari-hari sebelumnya. Dan, di ketika itulah kita tahu bahawa masih ada tempat untuk kita mengadu selain daripada orang yang tersayang serta sahabat sejati.

Dia adalah ALLAH SWT. Dia akan tetap memberi kepada yang memintanya. Namun, doa yang paling afdal adalah doa ketika selesai solat. Doa sambil-sambil ber’KaraOke’ pun mungkin akan dimakbulkan-Nya jugak. Tapi awas, ianya mungkin lebih banyak yang berbentuk negatif daripada sebaliknya. Wallahuaklam.

Petang nanti kami berdua akan berbuka puasa di rumah Nyah. Kebetulan Manja nak ambik kueh raya dia yang diorder tempohari dari Ita. Sebut pasal kueh raya ni, teringat pada kengkawan kat tempat kerja yang dah mula dok sibuk menerima order masing-masing. Dalam hati saya, kalaulah tak jadi raya tahun ni, mahu terbakar Selangor Dredging ni ! Bagus jugak kan, ada raya. Tapi, sebenarnya raya ini hanya dimaksudkan kepada mereka yang telah selesai dengan jayanya menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. Yang tak puasa (saja-saja tak puasa) tumpang sekaki buat apa ? Pergilah raya dengan 'hantu raya' ! Ingat, kaki-kaki tak puasa dari kaum Adam, tahun depan puasa penuh ya. Jangan pulak korang bagi alasan bodoh kalau kena tangkap dek JAWI ke RUMI ker, yang orang pompuan pun ada ketikanya tak puasa. Pompuan lain mangkok ! Nak jadi pompuan sangat , haaa pi tukar jantina ! Boleh ker ? Sendiri mahu ingatlah !!!

Bagi Teman-teman kita yang pandai buat kueh raya tu, tahniah ! Musim-musim beginilah mereka dapat menunjukkan skill mereka. Macam-macam bentuk, macam-macam nama kueh. ”Loaded tu !”. Bolehlah 'suami' hangpa tumpang tui.

Apapun, yang penting kita harus berdoa agar diketemukan kembali pada ramadhan dan lebaran yang seterusnya. Sedih rasanya untuk meninggalkan ramadhan pada kali ini. Mungkinkah kita akan diketemukan lagi dengannya ? Dan, sekadar pesanan kepada mereka-mereka yang pulang beraya : Hati-hatilah ketika anda memandu. Jaga keselamatan ketika di jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat. Bawak beg tangan jangan leka, nanti ’selamaaaaaat !!!’. Bye...

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Encik Shah akhirnya 'bergumbira' semula. Ape pun kena open table ni? Raya ni tak buat open house ke?
Jgn lupa jemput.

Anonymous said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.