Thursday, March 6, 2008

CERITA DUA PULUH SATU

Sat tadi terima call dari kak Yam yang kini bekerja kat Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Bagus jugak ada blog ni, boleh sambung kembali silaturrahim dengan kakak-kakak tu balik. Dia tanya, bila cerita pasal kahwin nak siar kat blog ni. Nanti, ’sabau...’ Kak Sariah (Sungai Besar) kata, alon-alon...

Selepas tinggal di Sungai Way, saya dan abang Ai pindah ke Kampung Medan. Betul-betul kat tepi rel keretapi. ”Tanah haram, rumahpun haram !”. Sebelahnya pulak kilang besi yang dipisahkan oleh sebatang sungai/longkang. Kat sebelah kanan (dari arah Sungai Way), ada laluan keretapi di samping terdapat sebatang jalan raya yang sentiasa berlopak ditakungi air berlumpur. Setiap sa’at rumah tu mesti berhabuk punya ! Tak tenteram sungguh. Apa lagi bunyi sahut menyahut dari kilang dan juga sesekali bila keretapi dan kenderaan yang lalu lalang kat depan rumah. Boleh ’koma’ dibuatnya ! Siksa wa cakap lu ! Tapi nak buat macamana, itu saja pilihan yang ada.

Dah sekian lama menyewa, akhirnya rumah tu abang Ai beli. Kalau tak silap $800. Saya macam dah nak nazak tinggal kat situ, dia pegi beli pulak. Mampus ! Masa tu Kampung Medan berjiran dengan Taman Datuk Harun, Kampung Batu 10 dan Kampung Ghandi. Okey je. Tak adapun gaduh-gaduh. Orang Indonesia pun tak ramai. Bangla lagilah, hampir tiada ! Agaknya masa tu pintu Imigresen kita kena pateri, tak macam sekarang ?

Kampung Medan masa tu terkenal dengan kegiatan pasar malam minggu. Yang syoknya, ada pentas hiburan. Nak tahu, dari sinilah saya start mengasah bakat menyanyi. Masa tu saya terkenal dengan nama jolokan ’Sam’ (D’Lloyds) Kampung Medan ! Di situ juga Ali Mamak, Khairul Azhar (penyanyi/pelawak Kumpulan Asam Berlada), N.D Lala, Along (PRO Astro), Efendy Baba (adik pelakun 70’an Bob Mustafa), Mas Omar (sekadar beberapa nama yang masih saya ingat) turut memulakan langkah awal di bidang seni suara. Kak Normah, teman serumah kakak saya pun pernah sesekali menyanyi kat sini. Biasalah, bila awek yang menyanyi menjerit sakanlah mat-mat kilang spesis saya yang bersepah setiap hujung minggu tu ! Tapi, minah kilangnya agak sopan sikit masa ’abang-abang macho’ melalak. Kontrol ’cute’ agaknya !

Semua ada identiti sendiri. Mas Omar dengan style Hail Amir dan Halil Chiknya, Along dengan lagu wajib Abang Becanya, Ali Mamak dengan hidustaninya. Oh ya, sebut bab hindustan ni, tak sah kalau tidak menyebut satu nama iaitu Mat Raffi. Dia ni peminat dah sedia ada. Kalau dia menyanyi hindustan, gelek 100% punya ! Bukak dada tayang bulu dada lagi ! Sayang masa tu saya tak ada bulu dada, kalau tidak lebih dari Faizal Tahir saya buat.

Masa tu kalau nak menyanyi kena bayar kupon 50 sen. Nanti adalah ’grumal’ (word mengarut) dari pengacara, yang menyebut lagu ini diminta oleh sianu atau sianu. Pada hal sendiri tulis kat kertas sendiri nyanyi. Bagi penyanyi ’tetap’ macam kami ni, ’sponsor’ dah standbye bayar. Kadang-kadang boleh jadi macam istilah saya LDD (Lepas Dia, Dia). Nak kata apa, duit dah bayar...melalak je lah ! Pikir-pikir masa tu, glamour jugak kami tiga empat ekor ni. Glamour ke hapa ! Kat pentas punyalah bergaya, balik rumah berlengkang lengkung dengan bunyi keretapi, mat rempit dan kilang besi. Abuk besi pun kadangkala bercampur-baur dengan nasik ! Sedap jugak - zat besi tuuu !!!

Kat sini saya sangkut pulak dengan makwe nama ”Pah”. Budak Muar. Hitam manis macam saya. Lama jugak kami berkawan. Tambah rapat bila saya bekerja dengan kakak dia - Saadiah kat Sate Anika, Bukit Bintang Plaza (BB Plaza). Di sinilah saya baik dengan arwah Zain Azman (penyanyi yang sering berkolaborasi dengan kak Julie Sudiro). Arwah adalah salah seorang pemegang saham Sate Anika bersama-sama adik beradiknya termasuk abang Aris, abang Man dan kak Yati. Mereka merupakan pewaris peniaga sate terkenal di Kampung Baru, Kuala Lumpur sekitar tahun 50’an-60’an iaitu Majid Sate. Bila pergi kat BB Plaza masa kini tempat tu dah jadi kedai kasut. Sayu je...Bertemu kembali...

1 comment:

Anonymous said...

opppsss..jgn bukak baju dulu..dulu lain en shah..masa tu en shah slim world lg tp skang......hehehe..en shah ni..pg mane je mesti ade makwe..byk btol laa..hehehe...