Tuesday, March 25, 2008

CERITA EMPAT PULUH

Kembali kita kepada sambungan cerita 36 yang lalu. Maka selepas itu jadilah saya anggota Pentarama yang sah dengan gaji pokok sebanyak RM7.00 sehari. Pada masa tu kira banyak jugaklah bagi saya ! Yang tak syoknya, masa ambil gaji macam pekerja kontrak bangunan pulak rasanya. Punyalah seksa, sain sana sain sini. Siap tutup-tutup jumlah pulak tu ! Tapi, itu semua sudah menjadi sejarah yang kekal bersemadi dalam lubuk jiwa kami bekas anggota Pentarama. Bebudak sekarang tak rasa tu !

Tempat yang mula-mula saya pergi untuk bertugas ialah di Bachok, Kelantan. Sebagai ’artis’ baru yang fresh, saya menjadi favoirite Ketua Unit masa tu arwah Encik Ghaffar. Di sana saya macam kena buli jugak. Kejap-kejap disuruh menyanyi lagu kesukaannya, saya pun dah lupa lagu yang dipopularkan oleh Rudy Ahmad dari Sabah yang pernah digossipkan bercinta dengan penyanyi Mazuin Hamzah (bekas isteri adinda Sultan Brunei). Suka betul arwah dengan lagu tu. Naik muak saya menyanyi lagu tu depan dia.

Selain daripada menyanyi, saya juga perlu berlakun di pentas pada malam itu. Maka, siangnya sibuklah saya menghafal lirik lagu dan dialog lakunan. Memang saya akui, saya ni jenis yang susah nak menghafal. Lagu saya sendiripun saya tak pernah hafal. Memanjang kantoi ketika menyanyi. Benda mudah macam nombor telefon sendiripun kekadang terlupa jugak ! Banyak makan ’kepala ikan’, tu la pasal ! Begitulah apa yang berlaku. Siangnya saya diajar showmanship oleh abang Musa (drummer). Salah satu lagu yang saya nyanyikan ialah lagu ’Juliana’ yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Saya cukup teruja dengan lagu tu. Rancak ! Jadi, untuk mudah ingat, saya tuliskan senikata lagu tu kat tapak tangan. Nak jadi cerita, malam tu hujan renyai, habis tangan basah. Lirik lagu pun cair sama. Saya punyalah gelabah. Apa lagi, plan B - belasah je lah lagu tu. Pendek kata, sebarang perkataan yang 'menyinggah’, saya pasti sebut ! Maka, anda bayangkanlah yang dingin, apa jadi dengan lagu tu. Hancur, punah ranah !

Turun pentas je, si Zain (Ketua Artis kami) mengamuk. Yang pedihnya, ada ke patut disuruhnya saya balik KL ? Binawe betul ! Cukup sadis. Habis satu rombongan kutuk dan ketawakan saya malam tu. Malu besar beb ! Sejak tu, diaorang pakat panggil saya ”Din Bachok”. Lekat sampai sekarang.

Sebetulnya ada lagi cerita tragis malam tu. Masa berlakun sebagai Pak Daik, dialog saya berbunyi begini lebih kurang : ”Nama saya Pak Daik Tuanku. Hamba...(bla bla bla)”. Lepas habis dialog tu, sayapun bisik kat Hatta sebelah saya, ”Okey tak ?”. Tetiba dia cakap balik (slow je - dalam nada geram) : ”Diaaaamlah...!” Korang tahu tak, sebenarnya semua penonton kat bawah tu dapat dengar (dialog saya yang 'tak ada dalam skrip' tu) dengan jelas sebab saya cakap betul-betul dekat dengan microphone. ’Tiga ratus puluh’ kali malu saya malam tu ! Nanti saya story lagi...

No comments: