Monday, March 24, 2008

CERITA TIGA PULUH LAPAN

Kemelut perlantikan MB dan exco terus menghantui Kerajaan BN ’Terengganu Kite’. Kita berdoa agar semua pihak yang terbabit dapat duduk berbincang ke arah menzahirkan satu keputusan yang saksama atau dalam lingkungan kondisi ’menang-menang’ dapat dijelmakan. Institusi Raja merupakan salah satu kuasa eksekutif tertinggi negara yang selama ini amat bersedia ’mendengar’ nasihat oleh YAB Perdana Menteri bagi sesuatu isu yang dianggap ’rumit’ untuk ditangani, kali ini boleh melihat dan menilai kembali perlantikan MB baru yang sudahpun menerima watikah perlantikan oleh pihak istana. Secara peribadi, saya memohon pihak-pihak terbabit agar menyegerakan proses penyelesaiannya supaya rakyat tidak lagi dihimpit kebingungan atau tandatanya yang mana mampu meranapkan satu lagi kuasa BN (UMNO) di negeri sebelah Pantai Timur !

Nampaknya, gambar reunion 28H seperti yang dijanjikan terdahulu masih belum diperolehi. Saya harap anak kak Kiah Kecik jika tersinggah ke blog ini dapatlah menyegerakan penghantaran gambar/foto-foto berkenaan. Ramai dah tak sabar nak tengok ’posing maut’ mereka tempohari. Posing paling maut ialah semasa acara ’potong kek’ tu !

Apapun, hari tu saya betul-betul kena buli dengan mereka. Setiba saja kat luar rumah, abang Mat (Brother) menyambut dengan penuh mesra. Susuk tubuh dia nampak macam tu jugak. Malah lebih 'ramping' lagi dari dulu. Kak Esah bagi makan apa haaa ? Mula-mula, bila terpandang wajah-wajah ’lelaki macho’ kat luar tu saya ingatkan jiran tetangga abang Mat. Selepas bersalam dengan mereka termasuk Nuri, saya kemudian terus masuk dan bersalam dengan kak Esah, kak Sariah dan Nyah. Kemudian, tibalah sesi ’bully’ oleh kak Esah dan kak Sariah. Mereka suruh saya ”meneka” barisan ’gadis-gadis’ terutama yang duduk bersandar kat dinding tu. Kak Leha yang duduk kat tepi Nyah saya cam. Sangat cam ! Kak Yam biasalah dengan wajah ala-ala Nyonya Melaka dia tu. Datang dengan anaknya. Jujur, had yang dua orang lagi memang saya tak cam ! Sehinggalah kak Kiah Kecik buka mulut. ”Sampai hati kau Din tak kenal ’ngan kak Kiah”, keluhnya. Laaa, gempalnya kak Kiah ! Perubahan 350% ! Kemudian kak Esah kenalkan ’Cha’. Terperanjat saya. Dah pakai ’glass’. Betul-betul lain. Tetapi yang paling menakjubkan bila suami Cha (Zamri) kata mereka kini memiliki seramai 10 orang anak ! Wau !!! Ye ke ni ? Macam tak percaya je...Produktif sungguh ! Apapun, tahniah, kerana mereka adalah pasangan bahagia yang paling romantis.

Sebut bab suami Cha ni, saya teringat dia meliliki abang kembar seiras yang juga sepertinya berambut afro. Dua beradik kembar yang hansom ni macam belangkas. Ke sana ke sini mesti berdua. tetapi, jajahan takluk utama mereka adalah di padang bola sebelah panggung wayang tu di mana mereka mendominasinya bersama-sama rakan-rakan ’bola’ mereka. Tapi kini, Zamri pun macam saya jugak ! Takpalah Zamri, Mr. Roy pun Mr. Roylah, asalkan bahagia sudah...Apa ada hal ?

Kemudian tiba pula Ani bersama anak lelaki tunggalnya berserta suami (mai Penang jugak kot...), diikuti kak Zee, suami dan adiknya Tun. Seperti tadi, ’Jejak Kasih’ tu telah menerbitkan ber’milimeter’ air mata. Memang syahdu. Tangkap nangis wa cakap lu ! Sebab tu saya tak mahu duduk kat dalam. Sayapun sensitif jugak ! Bagi melenturkan keadaan, saya bergebang sakan dengan abang Mat, Zamri (suami Cha), suami kak Kiah Kecik, abang Ayob (suami kak Leha), abang Razak (suami kak Zee) dan suami Ani. nak jadi cerita, abang Ayob pernah bekerja di Subang Jaya dengan adik ipar saya - Hasnal. Lihat gambar Hasnal kat tepi tu.

Kemudian saya call kak Kiah Cina, dia minta maaf sebab tak dapat datang. 'Faham-faham jelah katanya...' Tapi, dia sempat juga bercerita bab adik dia Eton, yang juga pernah pada waktu-waktu ketika musim cuti sekolah menginap di 28H. Beliau kini mengajar di Tampin dan memiliki empat orang cahayamata. Dulu kurus je budak tu, tapi rupa parasnya macam jugak kakak dia - cute ! kak La pula beritahu dia ada kat Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Hospital Selayang. Takpa, lepas ni kita jumpa kat Pengkalan Balak (rumah kak Kiah Kecik).

Macam-macam yang kami borakkan. Yang paling mendapat tempat adalah isu berkaitan situasi politik tanahair. Secara peribadi, saya dapat merumuskan bahawa mereka adalah saki baki penyokong BN yang masih berminat mengenai parti keramat UMNO. Biar nadanya tidak sekata, namun saya percaya mereka merupakan antara ’pengundi protes’ yang ingin melihat perubahan dalam pentadbiran Kerajaan sediada dan bersedia untuk kembali menjadi 'pengundi tegar' BN dan UMNO ! Bagi saya, saya cukup optimis bahawa proses ’transformasi’ dalam UMNO yang berlaku sedikit demi sedikit kini, mampu membawa kembali kecemerlangan dan kegemilangannya sepertimana masa-masa lalu. Yang penting, rapatkan kembali barisan, dan bersatulah demi untuk kesejahteraan bersama. InsyaAllah. Hidup UMNO ! Jumpa anda lagi...

1 comment:

Anonymous said...

Hai Pak Tam!seronoklh dgr cter pak tam jmpa kwn2 lama. mesti best kan sbb dh lama x jmp. kdg2 mngkn kita pun terfikir mcm x percaya dpt berjumpa dlm keadaan mcm tu. kngn lama akan diimbau kembali sbb pak tam mempunyai begitu bnyk kenangan bersama mereka...mesti riuh rendah ek. apa2 pun teruskan usaha pak tam...pak tam! thank u so much...