Tuesday, March 11, 2008

CERITA DUA PULUH TUJUH

Diriwayatkan, pernah pada satu ketika Rasullullah S.A.W didatangi oleh seseorang yang meminta dirinya dilantik untuk melakukan tugas muazzim (melaungkan azan). Beliau berbuat demikian setelah mendapat 'maklumbalas' daripada rakan-rakannya yang memuji akan ’kesedapan suaranya’ dalam melaungkan azan. Dan, pastilah akibat daripada puji-pujian tersebut nyata telah sedikit sebanyak mendatangkan 'riak' kepada diri beliau. Lantas, diajukan permohonan untuk tujuan tersebut kepada Baginda Rasullullah S.A.W, sedangkan Bilal yang telah berkhidmat sejak sekian lama masih ada. Namun, meskipun suara beliau tidaklah sesedap mana, masjid masih tetap seperti biasa dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat waktu.

Rasullullah S.A.W setelah dipujuk dan berasa tidak sampai hati mengecewakan permintaannya, telah membenarkan sahabat tersebut untuk melaungkan azan pada satu solat subuh. Maka memuji-mujilah kebanyakan orang akan kesyahduan dan kemerduan suara beliau. Sejurus kemudian, turunlah Malaikat Jibril A.S dari langit ke tujuh ke bumi untuk bertemu dengan Rasullullah S.A.W. Jibril A.S bertanya, ”Wahai Rasullullah, apakah orang di bumi tidak bersolat subuh pada hari ini ?”. Baginda yang mengenali Malaikat tersebut lalu menjawab bahawa solat subuh baru saja selesai dilaksanakan. ”Tetapi kenapa tidak ada suara Bilal yang melaungkan azan ?”, tanya Jibril A.S lagi. Baginda menjawab bahawa laungan azan juga sudah berkumandang. ”Pelik, selalunya suara azan tersebut dapat kami dengar hingga ke langit, hari ini sebaliknya pula ?”, soal Jibril A.S.

Apakah pengajarannya ? Biar sebagus dan sebijak manapun kita, jika apa yang kita buat ’terselindung’ di sebaliknya nilai-nilai buruk seperti sombong, bongkak, riak, takabur atau lain-lain yang sama waktu dengannya, maka semua itu tidak langsung membawa erti. Malah, ianya akan memberi implikasi besar yang boleh meruntuhkan reputasi kita. Jadi, bersama-samalah kita fikirkan agar perilaku kita sentiasa di bawah kawalan nafsu dan mengikut sepertimana acuan Islam yang sebenar. Bersederhanalah, kerana itu lebih baik !

Hari ini isu politik masih lagi berlegar di sana-sini. Kejatuhan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus (pertama kali IKKL susut 10 peratus dalam satu hari) semalam, telah membuatkan para pelabur ’terpinga-pinga’. Tentulah ianya berkaitrapat dengan keputusan pilihanraya baru-baru ini. Berdoalah ke arah pemulihannya demi kepentingan ekonomi negara.

Oh ya, petang semalam saya bertemu Nyah di stesen Putra LRT Asia Jaya. Sempat juga saya ambil nombor telefon kak Esah selain bertanya mengenai perkembangan diri kak Kiah Kecik, kak Zam dan kak La. Nyah beritahu kak Kiah Kecik nak jumpa saya. Agaknya dia teringin nak tengok rupa terkini saya yang ’ala-ala kacak’ ni kot...Dia tak tahu ke adik dia ni ’kacaknya’ hanya kat perut saja. Tu la pasal rasa macam ’ngilu’ je nak jumpa kakak-kakak 28H tu !

Nyah nampak ceria je. Saya harap Nyah akan kerap ke rumah kak Esah, bukannya jauh sangat dari Sungai Way tu. Kan ke kak Esah duduk kat Kampung Medan je ? Dah terlanjur ni, sukalah saya nak ucapkan tahniah pada kak Esah dan ’Brother Mat Misai’ dia tu, serta juga kak La yang turut sama akan menyambut ’menantu’ masing-masing tak lama lagi. Best kan, tak lama lagi tengok group ’Opah-Opah’ sembang pasal cucu ! Bye...

No comments: