Wednesday, March 12, 2008

CERITA DUA PULUH LAPAN

Ateh respons posting 25. Terima kasih. Agaknya sebilangan dari kita tidak menyedari akan permainan politik orang Cina khasnya parti DAP ! Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang. Percaya atau tidak BABI akan menjadi salah satu ’menu utama’ di mana-mana termasuk di kantin Dewan Undangan Negeri, sekolah, majlis-majlis keramaian masyarakat umum dan lain-lain lagi. Arak juga begitu. Judi juga begitu. Bukankah arak dan judi juga satu daripada budaya masyarakat mereka ? Maka, standbye juga orang-orang Pulau Pinang, Perak dan Selangor, apabila jumlah ladang ternakan BABI akan muncul bagai cendawan selepas hujan ! Ianya akan turut melebar ke negeri Perak, dan Selangor. Jika demikian, selama empat atau lima tahun ini Melayu akan ’menangis’ dan terus ’menangisi’ akan nasib malang yang menimpa mereka dan ’mungkin’ menyesali perbuatan mereka mengundi DAP ! Sebagai orang Melayu, meskipun parti pilihan saya tewas di negeri Kedah, namun saya masih mampu tersenyum kerana tampuk pemerintahannya adalah orang Melayu ! Takpalah Ateh, nasi dah jadi bubur. Terima jelah apa yang nak jadi nanti...Macam dialog Ahmad Nesfu dalam cerita Tiga Abdul : ”Nak tengok apa yang nak jadi pulakkk...!”.

Ada rakan yang ’tegur’ saya sebab sokong benar Khairi Jamaluddin (KJ) tu ! Saya dah kata, saya tak kenal dia. Saya sokong dia sebab saya pernah lihat di kaca TV satu ketika dulu, bagaimana beliau ’menyerang’ sebuah kedutaan bersama-sama kepimpinan pemuda BN, yang berkisar mengenai bantahan atas satu kes berkaitan human rights (Islam ?). Saya tengok dia ada kaliber. Ada bakat kepimpinan. Ada semangat ’ultra Melayu’. Itu penting, jika tiada lagi kalangan pendesak, Melayu nak jadi apa ? Pengecut sepanjang zaman ? Barulah bertukar falsafah Laksamana Hang Tuah - ”Melayu Benar-benar Hilang Di Dunia !”. Tindak tanduk dia seperti yang digembar-gemburkan, saya tak pernah tahu. Dan, saya tak minat nak tahu. Percayalah, bahawa seperti saya, ramai dari kalangan kita pun sama - cuma dengar dan baca di internet atau media pembangkang je kes KJ tu. ”Don’t judge the book with the cover ?”. Benar, tetapi baik sangatkah sesetengah pemimpin ”Melayu” kita ? Tampuk pemerintahan masih baru, tunggulah lama sikit nanti...Politik dunia tidak sama dengan ’politik akhirat !’.

Saya suka orang macam Ateh. Berterus terang. Siswazah yang masih ’dipinggir’ oleh keadaan. Takpa Teh, satu masa Pak Tam doakan Ateh akan duduk di tempat yang sewajarnya Ateh patut dapat ! Apa yang penting, ambil dulu mana-mana pengalaman yang ada. Be positive semuanya. InsyaAllah,

Saya harap orang Melayu akan bersatu kembali. Lupakan fahaman politik. ’Buang yang keruh ambil yang jernih’. Usah caci mencaci lagi. Renunglah pada ayat Al-Quran surah Ali-Imran ayat 103 – Bismillahirrahmanirrahim. "Wa’tasimu bihablillahi jami’au, wala tafarraqu" (dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah). Tak kasihankah kita dengan nasib anak cucu kita generasi yang akan datang ? Duduk dan bermusyawarahlah. Carilah jalan penyelesaian atas satu-satu isu itu dengan penuh hemah. Bermuhasabahlah selalu. Kan itu yang dituntut oleh agama kita ?

Saya tidak bimbang Melayu berkubur di tanah air sendiri, kerana kepupusan bangsa itu berlaku pada setiap zaman. Cuma yang menjadi kerisauan saya seandainya ’Islam’ itu dikuburkan di ’lubuk hati’ sendiri. Lemparkan jauh-jauh mana-mana nilai buruk yang merosakkan, tampilkan nilai-nilai murni berteraskan Islam sejati ke dalam jiwa kita orang Melayu. Dan, kita akan melihat sebuah peradaban bangsa yang kuat, serta mampu memancarkan 'nur' ke serata pelusuk alam. Lihatlah apa yang berlaku kepada saudara Islam kita di luar negara. Sehinggakan Mesir pun enggan membuka pintu sempadannya kepada rakyat Palestin yang diburu oleh Yahudi keparat itu ! Sedang, negara-negara lainnya hanya melihat dengan pandangan sebelah mata sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Di manakah semangat Islamisasi kita ? Lalu ingatlah bahawa, ”Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”. Carilah Dia, dekatilah Dia, Dia akan bersama kita selalu. Jumpa lagi...

1 comment:

Anonymous said...

Betul Pak Tam!Atih sokong apa yg pak tam kata. kita asyik menilai dr apa yg kita dgr & apa yg kita lihat. semua org blh bg pandangan masing-masing. ada yg positif dan ada yg negatif...tp jgn smpi ianya memecah belahkan sesama kita. kita blh ambik semua ini sbg satu pengajaran tp jgn menambahkan lagi kelemahan dan saling salah menyalahi sesama kita sedangkan musuh sedang bertepuk tangan. Renung-renungkanlah dan muhasabah lah.....