Monday, March 10, 2008

CERITA DUA PULUH ENAM

Saya pernah berlakun dalam drama-drama keluaran syarikat Serangkai Filem (kepunyaan kak Habsah Hassan). Antaranya yang saya masih ingat ialah 'Kekasihku Di Menara' dan 'Tanah Sebidang'. Berlakun bersama-sama antaranya dengan Vanida Imran dan suaminya Rashidee ishak , Shaharuddin Thamby, Louisa Chong, Jehan Miskin, Betty Benafe, Kasma Diana dan ramai lagi. Pernah sekali tu kak Chah (Habsah Hassan) ’ofer’ watak utama cerita drama dia. Kisah seorang penyanyi lama yang berhadapan dengan konflik zaman suramnya. Ada ke patut, tak alih-alih sutradara tu ambil Kazar. Tak palah, mungkin bukan rezeki saya. Yang syoknya, satu drama yang saya berlakun dengan Betty Benafe dan Jehan Miskin. Teruk saya kena hamun dengan kak Fauziah Nawi (kak G) sutradara/pengarah masa tu. Watak saya sebagai Pak Su kepada Betty di samping sebagai jurulatih sukan (atlit). Apa taknya, saya masa tu tak berapa ambil pot bab salah silah seseorang jurulatih (coach) sukan padang ni. Masa tu shooting kat Stadium UiTM, Shah Alam di mana Jehan Miskin dan kawan-kawannya - sori tak ingat (yang kemudiannya jadi top dalam bidang peragawan) berlatih sukan ’sprinter’ kat padang. Cara saya ajar tu ’memang totally salah'. Kira-kira tak ikut ’piawaian’lah. Tu la pasal kena jerit dengan kak G, ”Kalau macam tu baik aku yang jadi coach !”, jeritnya. Saya pulak buat 'dungu' je...

Lepas tu shooting cerita 'Tanah Sebidang', di satu lokasi (kampung) kat Melaka. Pengarahnya Raja Ahmad Alauddin. Saya jadi broker tanah orang kampung. Kira jadi ’crook’ lah tu. Masa tu lagi teruk, 'buta huruf' betul dengan benda-benda automotif ni. Tak pernah pegang stereng kereta sekali pun (maksudnya bawak keretalah tu), tup-tup dah kena suruh berlakun bawak 'menatang' tu ! Tak haru kau ! Punyalah tebal muka, 'makcik radio' kat situ 'selumberland' je tegur, ”Hai, takkan artis tak pandai bawak kereta kot...!”. Sudah-sudahnya ambil shot dari jauh. Orang lain yang bawa kereta tu ! 'Padan muka penonton kena tipu'.

Kes yang sama berlaku dalam sebuah lagi drama di lokasi kat Batu Caves. Watak saya jahat jugak (muka macho macam ni, asyik kena watak macam tu je). Watak isteri, lakunan Kasma Diana. Kes belasah isteri pasal berebut anak. Masa tu shooting jam 3.00 pagi. Ikut jalan ceritanya, saya dan Kasma bertembung kereta waktu dinihari di hadapan rumah, meluru masuk rumah dan bertengkar. Kemudian saya belasah dia sambil rampas dengan kasar anak kecil kami. Budak tu melalak betul-betul, takut betul kot...At last, kereta tu pun orang lain yang bawak. ’Hampeh’ betul ! Penonton kena tipu lagi...

Bab yang paling seronok bila dapat duit berlakun. Ribu jugaklah jumlahnya. Tapi, baik hati punya pasal, kena ’kenduri’ jugak dengan kengkawan ! Ada la baki empat lima ratus. Mujur job (jadi pengacara majlis, DJ, menyanyi) kerap ada. Part time menyanyi kat Sri Melayu once jugak. Kerja hakikipun buat jugak. Pendek kata kiri kanan ’tangkap’. Tempat-tempat macam Hotel Istana, Perdana Felda, Dynasty Hotel dan beberapa lagi kerap menjemput saya untuk tugas sebagai pengacara (emcee) majlis perkahwinan atau majlis rasmi yang lain. Majlis-majlis tu saya cas RM1,500.00 (yang RM 500 tu ’orang tengah’ punyalah). Namun, silap saya pada masa tu ialah satu habit yang tidak bijak 'menabung'. Ini satu pengajaran yang amat baik untuk kengkawan. Jangan sesekali buat macam saya. Arwah Opah saya kata dulu, kalau ada terung, kacang panjang atau pucuk ubi, masaklah pucuk ubi atau salah satu darinya dulu. Yang lain simpan. Jangan perabih semua. Esok-esok boleh jugak dibuat gulai. Ini saya tidak, duit apa saja yang dapat habis dikendurikan. Lingkuplah ekonomi ! Jangan buat macam tu tau ! Kata orang, ”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’.

Kak Chah baik orangnya. Saya suka filem-filemnya. Cuma sekarang sibuk dengan bisnes makanan bersama kak Rubiah Suparman. Sebelum tu, saya pernah bekerjasama dengan beliau, sewaktu projek membuat rakaman dokumentari 'kes video game lucah' untuk di present kepada Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Kosnya pun taklah mahal sangat, sekitar RM 40,000.00 je. Masa tu kalau nak ambil slot dalam seminit dua dari siaran TV swasta termasuk TV3, ’cas’ (bayarannya) ialah RM 3,000.00 dan ke atas. Mujur ada Datuk Seri Effendy Norwawi (suami Tiara), pemilik NT7 masa tu. Melaluinya, dapatlah diambil sedikit sebanyak slot-slot berita dan rencana mengenai kes tersebut untuk menampung mana-mana isu yang masih kurang. Punyalah susah nak ambil shot story masa tu kerana setiap kali krew kami membuat serbuan ke lokasi-lokasi kedai video game merata KL, bersama rakan-rakan dari IPD (Ibu Pejabat Polis) Sentul, mesti kedai-kedai tu tutup awal-awal lagi ! Itulah masalahnya. Pernah satu malam tu kena kepung dengan ’tonto’ ketika bersama seorang anggota polis berpakaian preman (berpangkat Inspektor) - yang juga merupakan junior saya sewaktu bersekolah di SMJK (I) Slim River Perak dulu, sewaktu menjalankan tugas serbuan tersebut. Punyalah kecut perut ! Krew kami seramai lima orang termasuk Ruba'ayah Osman (kini PRO Kementerian Pelajaran Malaysia) di 'cover' oleh pegawai polis tu. Sempat jugak ’rampas’ beberapa keping cakera padat lucah, yang tak ada kena mengena langsung dengan kes tu. Masa balik, rakan pegawai polis tu tanya, "Nak bawak balik ke CD ni ?". Hisshhh...nak buat hapa ! Tak pasal-pasal jadi kes lain pulak nanti ! Saya mintak diri dulu...

No comments: