Friday, March 7, 2008

CERITA DUA PULUH DUA

Pagi ni nak ucap terima kasih pada kak Yam kerana telah mengingatkan saya dua lagi nama penting kat 28H dulu. Kak Zam. Saya suka usik dia ni. Cakap sikit gelak banyak ! Kemudian kak Yam beritahu lokasi tugas kak Kiah Gempal. Saya nak panggil dia kak Kiah Cina (sebab rupa dia ada iras Cina). Terperanjat besar dia bila saya call pagi ni. Dah nak sambut menantu tak lama lagi rupanya. Begitu cepat masa berlalu. Lepas tu nanti bergelar ’opah’ lah pulak !

Melalui kak Kiah ’Cina’, saya dapat empat lagi nama jiran penghuni sebelah rumah 28H. Abang Zubir, abang Pot (kini kerja kat DBKL - isteri dia saya dah lupa namanya), abang Lias (taukeh tailor kat Masjid Jamek) dan Rose. Rose pernah muncul dalam filem Mr. Os dan beberapa filem yang diarahkan oleh Din Glamour. Dengarnya karier Rose sekarang sebagai mak andam artis. ”Auw, tak rela I...” Manakala abang Lias berkawan baik dengan rakan penyanyi saya kak Mariam Ahmad. Beliau salah seorang penyanyi genre lagu-lagu keroncong yang popular di negara ini.

Kak Kiah Cina kata, sesekali dia pernah juga lalu kat Sungai Way tu. Teringat balik kisah suka duka kat sana katanya...Apapun, terima kasihlah pada kak Kiah Cina kerana jemput saya ke majlis kahwin anaknya kat Kelang dalam waktu terdekat ni. Harap-harap dapatlah kad tu dihantar awal sikit, boleh jugak skip mana-mana jadual function yang tak berapa penting tu. ’Re-unionlah katakan...’

Apa yang menarik pagi ni ialah bila kak Yam bercerita bab yang cukup sensasi ni. Sayapun jadi ’terlopong’ dibuatnya. Rupanya kak Yam ni pun pernah ada hubungan jiwa dengan ’Kome’ (abang Sam). Lama jugak ’hubungan jiwa ’ tu berlangsung. Tapi kata kak Yam, dia tak berapa tahan dengan sikap ’mengongkong’ Kome tu. Apakah itu juga antara punca perpisahan dia dengan 'kakak' kita lagi sorang tu ? Kak Yam juga bagi tahu yang seorang lagi kawan Kome kat rumah sebelah tu pun (tak ingat jugak namanya) cuba-cuba nak tackel kak Yam. Mungkin sebab tak ada persefahaman kot, tu la pasal tak jadi intim.

Kata Shakespeare, ”Jangan membebani kenangan kita dengan kesusahan yang lalu”. Ingat dan renungilah segala kenangan itu dengan penuh rasa keinsafan. Carilah yang manis di dalamnya, dan nikmatilah kelazatannya. Manusia boleh berubah (jika dia mahu) dalam sekelip mata. Dan, begitulah juga sebaliknya. Saya hanya ’pengingat’ masa lalu di ruangan RETROSPEKTIF ini. Jika ada yang terkeluar dari konteks yang sebenar, ianya adalah akibat dari kelalaian dan kealpaan diri saya sendiri. Apa yang penting, ruangan ini boleh dijadikan sebagai jambatan penghubung silaturrahim setiap anda yang berkenaan. Juga, menjadi sandaran pengalaman kepada adik-adik kita yang pada waktu peristiwa itu berlaku, mungkin masih berada dalam perut emak menanti waktu untuk menjenguk dunia nyata. Kita jumpa semula nanti...

No comments: