Friday, March 7, 2008

CERITA DUA PULUH TIGA

8 Mac 2008 (Sabtu), kita akan mengundi. Marilah sama-sama kita jalankan amanah tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab. Bagi saya tiada lain di harapkan melainkan Barisan Nasional menang dengan majoriti undi 2/3 seperti yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan parti. Saya menaruh sepenuh keyakinan berdasarkan pemerhatian terhadap pilihanraya-pilihanraya yang lalu serta apa yang telah dibuktikan oleh Kerajaan BN selama ini. Hidup Barisan Nasional ! Hidup Pak Lah ! Hidup UMNO ! Allahuakbar !

Negara ini adalah sebuah negara demokrasi. Anda jangan bimbang seandainya tidak mengundi parti pilihan saya. Itu hak anda. Tiada siapa yang akan mempertikaikan anda. Pesan saya, selepas kita mengundi dan selepas keputusan diumumkan, jalankanlah kembali kehidupan normal bernegara dengan aman dan damai. Jangan sesekali 'berdemonstrasi' seandainya calon yang kita pilih tewas. Terimalah ia sebagai suratan. Lima tahun lagi mana tahu, kita pulak yang akan dipilih menjadi calon, dan menang ? Bak kata orang, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu ? Apa yang penting, kita bina kembali Malaysia yang sedikit ‘rosak’ akibat dari demam pilihanraya tersebut. Ketepikan segala perbezaan yang berlaku selama beberapa waktu ini. Semoga kita waras kembali. InsyaAllah.

Sebenarnya menulis membolehkan kita release dari tension. Apatahlagi yang ditulis itu adalah merupakan suatu hakikat. Kisah lama-lama yang memerlukan kita mengingat kembali satu demi satu urutan peristiwa tersebut. Kekadang risau juga, kalau-kalau apa yang ditulis menyebabkan pembaca yang dikaitkan merasa hiba, marah, kecil hati atau kembali tension. Niat saya murni, sekadar untuk menjalin kembali ikatan ukhwah yang telah terputus sejak sekian lama. Kata kak Yam elok juga re-union tu, dan beliau sendiri menawarkan kediamannya di Putrajaya sebagai hos pertemuan tersebut. Manakala kak Kiah Cina juga kabarnya berhasrat untuk mengundang rakan-rakan lama yang pernah bersama-sama bersusah senang di rumah yang penuh dengan memori itu, ke majlis perkahwinan anaknya nanti. Saya berharap kepada kakak-kakak, rakan-rakan sebaya atau adik-adik bekas penghuni 28H supaya memberikan respons kepada idea murni ini.

Sejak saya sebarkan blog ini, banyak juga maklumbalas yang saya terima dari rakan-rakan maya saya. Saya amat menghargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala komen serta idea tersebut. Semoga apa yang diketengahkan akan memberi faedah kepada kita bersama.

Pesan saya, hargailah persahabatan itu. Jangan sesekali dinodai dengan perkara-perkara yang boleh ’meretakkan’ hati seorang kawan. Mungkin hari ini kita tidak memerlukan mereka, jangan lupa esok lusa. Dunia ini kecil, pusing-pusing orang itu juga yang akan kita temui. Bersediakah kita untuk kehilangan seorang kawan ? Kita jumpa kembali okey...

No comments: