Monday, March 10, 2008

CERITA DUA PULUH LIMA

Rakyat sudah bersuara ! Kita harus menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka. Saya berjaga sampai jam 4.30 pagi mencatat satu demi satu keputusan yang disiarkan oleh TV3 dan saluran RTM 1. Naik berpinar mata. Apapun, saya bersyukur kerana BN masih memerintah biarpun hanya mendapat 140 undi (melebihi undi mudah - kurang 8 undi untuk 2/3 majoriti). Tension pun dah habis. Semuanya dah jadi sejarah. Ayuhlah, kita bina kembali Malaysia yang waras !

KJ menang. Lekat jugak ramalan saya. Tapi jauh sangat majoriti undinya. Takpa, dalam mana-mana pertandingan, dengan sekadar satu undipun sudah dikira menang ! Pesan saya dari info yang diterima, saudara perlu mempersiapkan diri ketika Perhimpunan UMNO nanti. Ramai yang sedang berura-ura untuk ’membelasah’ anda ! Adat seorang pejuang, tidak gugur walau sehelai ’bulu’ kerana herdikkan manusia. Berhujahlah sepertimana anda berhujah sebelum ini. Dari 10 yang tak suka, pasti ada ’satu’ yang suka. Kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Anda ada potensi. Anda juga kini seorang Ahli Yang Berhormat. Buatlah yang terbaik demi bangsa dan negara tercinta ini !

Apapun, pada PRU Ke-12 lalu, kebanyakan dari kita mungkin tidak menjangkakan kekalahan sebegitu besar BN, dan terpaksa pula kehilangan tampuk pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, lebih-lebih lagi di Perak dan Selangor yang dianggap selama ini sebagai kubu kuat BN. Prestasi terburuk BN sejak 1973. Sebagai pengundi ’totok’ BN, saya cukup berasa sedih. Tetapi, saya katakan bahawa BN pasti akan bangkit kembali...InsyaAllah ! Apa yang penting sekarang, kepimpinan di semua peringkat perlu membuat ’post mortem’ secara jujur dan terperinci. Jangan bimbang bersuara untuk sebuah kebenaran, demi memastikan BN (khasnya UMNO) masih lagi relevan untuk orang Melayu khususnya dalam kancah politik negara !

Pagi ni, saya dapat mesej dari Nyah, ”Assalamualaikum. Pagi-pagi lagi teringat Din (sayalah tu) terus buka email dan terus dapat. Tak habis baca lagi. Nasib baik Din tak cerita kisah pahit penghuni 28H. Rasa rindu dengan Din. Suruhlah dia datang rumah Kiah kak Mah ye. Nak terus baca lagi ni, jangan kacau tau. Hi...hi...hi...sms Kiah Kecik ni”. Oooo...kak ’Kiah Kurus’ rupanya. Sebenarnya kak Kiah Kecik sama dengan kak Kiah Kurus seperti yang saya cerita awal-awal tu ! Saya dapat imagine semula, kakak ni special sangat. Macam kak Zam, jugak kuat ketawa. Dia cute sangat. Rambutnya panjang. Kalau tak silap abang kandung dia (arwah) pernah berlakun dalam sitcom TV3 Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Yang jadi mamak tu. Kulitnya putih (anak Cina jugak kot...). Kategori ’comel’. Kalau berjalan pergi kerja, risau jugak takut kena lambung dengan angin yang bertiup ! Ada adik nama Chom. Kurus macam dia jugak (masa tu lah). Tapi kalau ikut story kak Yam, kak Kiah Kecik ni sekarang dah masuk group 3G jugak. Halamak, makan apa daa kat Melaka tu ?

Sebenarnya saya cuba-cuba juga nak ’rewind’ kembali kisah-kisah penghuni 28H tu. Ya lah, saya ni tak lama kat situ. Walaupun kadang-kadang mampir. Macam situasi rumah bujang lain, gaduh kecik-kecik dan baik semula tu adatlah. Berebut bilik airpun satu hal. Atau mungkin juga kecil hati pasal kes-kes terpencil seperti ada kaum yang tak basuh pinggan kat singki, gula, susu, milo tinggal tin ataupun kes tersalah sarung kasut atau terambil payung. Ya lah, kalau fikir-fikir balik, sebenarnya kisah-kisah macam tu lah yang mematangkan kita dalam hidup ini. Saya tahu, bila menatap blog kali ini kak Kiah Kecik pasti tersenyum simpul sorang-sorang. Teringatlah tuu...

Saya mengambil kesempatan di sini, untuk kembali merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan-rakan maya pengujung blog ini, dan berharap kita akan terus berkomunikasi dan berinformasi melaluinya. Jikapun saya tidak membalas komen anda, anggaplah bahawa saya telah menatapnya. Kerana sejujurnya, saya tidak pernah ’meminggirkan’ setiap komen anda ! Orait...?

Rakan-rakan kita Zaimah, Ateh, Ulny, Liza dan lain-lain tu dah balik ke belum ? Kot-kot masih lagi berada kat kampung halaman masing-masing, dok meraikan kemenangan parti atau calon masing-masing. Fidah tak mengundi katanya. Tu la pasal, negeri dia pun dah kena ambil dengan PKR. Huda Zainal macamana ? Hari tu ’rimas’ dengan poster pilihanraya yang memenuhi sekitar kawasan tempat tinggalnya. Ayu, Emma, Ana macamana ? Bagaimana dengan calon pilihan anda semua ? Ada menang ? Jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Hai Pak Tam, atih dh start keje hr ni. smlm smpi pkl 12.30 mlm. Alhamdulillah, dh selamat menjalankan tanggungjwb kita sbg pengundi. Trg mng!:-)tp dlm hati ckp risau dgn permainan politik. kita sbg anak2 muda ni masih pnjg lg perjalanan hdp andai diizinkan Allah. tp dgn keputusan PRU baru2 ni hati terdetik rasa kebimbangan akan penguasaan bangsa lain. mana bangsa MELAYU yang akan bangkit mempertahankan tanah air kita. sedarlah dang bangkitlah daripada MIMPI2 INDAH....fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

DUT...DUT... ulny kena kursuslah 9-12/03/2008 kat Pusat Latihan Kluang . Ulny mengundi kat Gombak jer..