Friday, March 21, 2008

CERITA TIGA PULUH TUJUH

Sambutan hari keputeraan Baginda Rasullullah s.a.w disambut dengan penuh meriah di seluruh negara semalam. Tiga peristiwa yang menarik perhatian saya untuk paparan bolg ini. Pertama, YB Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak menjadi ’Menteri’ pertama yang berucap mendahuli SPB Agong, PM mahupun TPM pada majlis rasmi pertama peringkat persekutuan sejak Kerajaan baru dibentuk. Beliau menggantikan YB Dato’ Abdullah Md. Zain di JPM. Kedua, YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi ’satu-satunya’ pemimpin kaum Cina di negara ini yang turut berarak bersama-sama TYT Yang DiPertua Negeri dalam majlis sempena sambutan Mauliddurrasul Peringkat Negeri Pulau Pinang. Dan ketiga, peristiwa ’Jejak Kasih’ (Reunion 28H) yang berlaku di rumah kak Esah dan Brother Mat di Kampung Medan, PJ yang mencatat sejarah itu !

Kak Esah telefon ketika saya dalam Stadium Putra, sewaktu majlis penyampaian Anugerah Tokoh Mauliddurrasul 1429H kepada Sheikh Muszaphar Shukor (orang Islam pertama ke ISS). Menurutnya ramai kakak-kakak ke majlis reunion 28H tu dah sampai. Nyah, Nuri serta Ita dan anak-anak merekapun dah ada kat situ. Tapi kata kak Esah, kak Kiah Kecik tak sampai lagi sebab ambil anak perempuannya di UiTM, Shah Alam. Saya kata InsyaAllah, saya akan sampai.

Belumpun selesai function, saya dah keluar. Saya ambil teksi dari Jalan Hang Tuah selepas turun train LRT dari Bukit Jalil. Oh ya, sebelum tu nak cerita sikit. Masa nak ke tempat perarakan Mauliddurrasul tu, bertemu pulak rakan lama di Pentarama - Hassanuddin. Dia kini bertugas di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Sewaktu di Pentarama dia juga menyanyi, berlakun dan menari. Lagu favoirite dia dendangan Sudirman, ”Anak Gembala”. Suka tengok dia menyanyi...showmanship dia tu !

Dalam teksi, cerita bab politik semasa dengan pemandu seorang Melayu. Saya kata, kalau nak tahu sedikit sebanyak pemikiran saya lawatilah blog saya PERSPEKTIF. Sebaik sampai, saya hulur dia RM20.00 (meter cuma sekitar RM12.00 je). Kesian dia, susah payah nak cari rumah kak Esah tu. Kampung Medan dah tak sama macam 30 tahun dulu. Berbeza habis ! ”Eh, banyak sangat ni”, itu katanya ketika saya hulurkan duit tambang tu. Tak pa saya kata, ’sedekah’. Lagipun, kalau saya yang cari sendiri jawabnya Mauliddurrasul tahun depan baru jumpa !
Banyak cerita yang menarik yang akan saya paparkan kat blog ni pasal bab reunion tu. Sayapun tengah tunggu foto-foto dari anak kak Kiah Kecik. Jawabnya tergendala lagilah cerita Pentarama tu. Sabar ya...

No comments: